Januari 2025 – Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Jaringan Industri, Prof Madya Dr Shamsul Jamili bin Yeob diiringan Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar, YDH Toh Maharaja Indera Dr. Khairil Anuar Bin Arshad.

Sesi yang berlangsung lebih kurang 2 jam ini diadakan untuk bertukar buah fikiran dan idea terutamanya berkaitan penganjuran program-program yang melibatkan masyarakat di Kuala Kangsar.

Kunjungan seterusnya diadakan ke Pejabat Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, YDH ACP Hisham bin Harun. IPD Kuala Kangsar sememangnya berkerjasama erat bersama USAS dalam menjalankan program-program kesedaran & pencegahan jenayah melibatkan pelajar USAS.

Semoga lawatan yang diadakan pada hari ini memberikan impak kepada USAS khususnya kepada para pelajar.