Januari 2025 – Tahniah diucapkan kepada En. Nazrul Azlan bin Abdul Samat, Pensyarah Jabatan Pengurusan, Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat kerana telah berjaya menghasilkan satu manuskrip yang bertajuk “The Importance of Adopting Response Surface Methodology to Optimize the Flow and Heat Transfer of Carbon Nanotube Nanofluid over a Stretching or Shrinking Sheet”. Manuskrip ini telah dipilih sebagai Manuskrip Pilihan Editor (Editor’s Choice), Semarak Engineering Journal (SEJ), bagi bulan Disember 2024. Manuskrip ini juga telah memenangi Gold Award bersempena Semarak International Research Article Competition 2024 pada bulan Disember 2024. Model matematik yang dihuraikan dalam manuskrip ini merupakan salah satu model di bawah Dana Khas Penyelidikan Universiti (DKPU) bagi tahun 2024 hingga 2025.
- 17/01/2025
- Buletin USAS
- Unit Perhubungan Awam