
FEBRUARI 2025 – Program Saringan Kesihatan Peka B40 yang diadakan di Dewan Chandan Putri telah berlangsung dengan jayanya. Program ini telah bermula jam 8:00 pagi hingga 12:00 tengah hari serta melibatkan kerjasama daripada MPKK, Skuad Sukarelawan USAS dan Klinik USAS.
Seramai 58 staff MPKK yang telah hadir untuk membuat Saringan Kesihatan PekaB40 dan seramai 5 orang sukarelawan telah ditempatkan di Dewan Chandan Putri bagi mestikan kelancaran program saringan kesihatan PekaB40. Dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada staff klinik USAS, setiap petugas berjaya menjalankan tugas dengan baik dalam membantu menjayakan program saringan kesihatan ini.
Terima kasih kepada pihak MPKK atas kehadiran dan kerjasama yang baik. Terima kasih juga diucapkan kepada staff klinik USAS atas kepercayaan serta dorongan sepanjang program saringan kesihatan ini berlangsung. Semoga semangat kesukarelawanan ini terus subur dan dapat diteruskan pada masa hadapan.