Sebagai universiti yang bergerak ke arah menjadi universiti bertaraf dunia, USAS sentiasa berusaha meningkatkan kemudahan dan perkhidmatannya; dilengkapi dengan inovasi dan teknologi terkini.
Pembinaan 2 bangunan Dewan Kediaman Pelajar (DPM) lima tingkat pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) melibatkan kos sumbangan dan perolehan berjumlah 13.5 juta Ringgit Malaysia. Jumlah itu dibiayai sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak untuk dibina menjadi Dewan Kediaman Pelajar USAS menggunakan pembiayaan zakat Asnaf Fisabilillah. Bangunan tersebut boleh memuatkan sehingga 720 pelajar pada satu-satu masa.
Pembelajaran Fleksibel
USASLMS
USAS menyediakan Sistem Pengurusan Pembelajaran kepada ahli akademik dan mahasiswa untuk memperkukuh keberkesanan tadbir urus pembelajaran dan pengajaran.