Sebutharga / Tender    Kerjaya     Direktori    Hubungi

Objektif dan Falsafah

Objektif

Objektif penubuhan USAS adalah untuk:-

  • Menawarkan pengajian tinggi dan mengambil apa-apa tindakan yang bersampingan dengannya selaras dengan semua peruntukan Akta dan Perlembagaan USAS.
  • Mengembangkan pelbagai jenis ilmu pengetahuan naqliah dan akliah yang selari dengan pegangan Ahli al-Sunnah Wa al-Jama’ah melalui pengajaran, penyelidikan, perundingan dan penerbitan.
  • Melaksanakan semua perkara yang perlu bagi mencapai objektif di atas, yang dibenarkan oleh undang-undang.

Falsafah

  • Menghayati dan menyebarkan konsep Rahmatan Lil ’Alamin (membawa rahmat ke seluruh alam) selari dengan jejak perjalanan Rasulullah S.A.W sebagaimana firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Anbiya’, ayat 107, yang menjadi moto Universiti.
  • Mengintegrasikan Ilmu, Iman, Amal dan Ihsan.
  • Memperkasa dan mendukung pegangan Ahli al-Sunnah Wa al-Jama’ah yang berdasarkan iktikad Asya’irah dan Maturidiyah dalam bidang akidah, mazhab Syafi’i dalam bidang fiqh, dan manhaj Imam al-Junayd dan Imam al-Ghazali dalam bidang tasawuf, serta ulama muktabar lain yang sealiran dengan mereka dalam semua bidang ilmu, penerbitan, kenyataan secara lisan atau media dan aktiviti-aktiviti universiti.
ms_MYMalay

Announcement

The website in Arabic is in the process of updating.
Thank you.