Sebutharga / Tender    Kerjaya     Direktori    Hubungi

Jabatan Pengurusan Korporat dan Perancangan Strategik

Jabatan Pengurusan Korporat dan Perancangan Strategik bertindak sebagai penghubung di antara pihak USAS dan orang ramai agar dikenali di setiap lapisan masyarakat. Jabatan ini juga bertanggungjawab mempromosikan USAS serta memastikan USAS memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai.

Jabatan Pengurusan Korporat dan Perancangan Strategik distrukturkan kepada empat unit iaitu:

  • Unit Perhubungan Awam dan Media
  • Unit Perhubungan Antarabangsa,
  • Unit Perancangan Strategik
  • Unit Permasaran

Objektif

  • Memberi perkhidmatan terbaik dalam segala urusan berkaitan.
  • Menyediakan kemudahan pentadbiran yang lengkap dan sempurna
  • Memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan USAS.
  • Menjadikan USAS sebuah institusi yang dikenali dan disegani.

Visi

Pengurusan pentadbiran yang berkualiti, berinovatif dan kreatif pemangkin kecemerlangan generasi.

Misi

Bertekad meningkatkan kualiti perkhidmatan serta sentiasa berusaha menaikkan imej USAS dan jabatan di samping mentadbir urus dengan cekap dan optimumkan kepuasan pelanggan. Sentiasa bersedia menerima perubahan ke arah penambahbaikan perkhidmatan.

Fungsi Utama

  • Menjadi penghubung di antara USAS dan masyarakat di dalam serta luar negara.
  • Merancang dan menyelaras bahan untuk rancangan TV/ radio/ media cetak.
  • Merancang dan melaksana program-program promosi di dalam dan luar negara sepanjang tahun
  • Mengedar risalah-risalah dan bahan-bahan bercetak mengenai USAS dan program-program yang ditawarkan oleh USAS.
  • Bertanggungjawab terhadap aktiviti rasmi universiti yang melibatkan protokol.
  • Mengurus mesyuarat lembaga pengarah.
  • Melakukan apa-apa fungsi lain dan mengambil tindakan sebagaimana yang diperlukan dalam menjalankan dengan sewajarnya tugas-tugas di bawah enakmen, akta, statut, kaedah dan peraturan.

Matlamat

  • Memberi perkhidmatan terbaik dalam segala urusan pentadbiran dan pembangunan.
  • Memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan USAS.
  • Menjadikan USAS sebuah institusi yang dikenali dan disegani.

Piagam Pelanggan

  • Memberi perkhidmatan yang cepat dan mesra.
  • Permohonan pinjaman peralatan promosi akan diproses dalam masa satu hari bekerja.
  • Memastikan jumlah kemasukan mahasiswa meningkat, minimum sebanyak 10% setahun.
  • Maklum balas daripada pertanyaan pelanggan melalui surat/ emel/ faks/ telefon dijawab selewat-lewatnya dalam tempoh tiga hari bekerja.
 

Aras 3, Bangunan Pentadbiran
Universiti Sultan Azlan Shah
Bukit Chandan
33000 Bandar Diraja Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan
Tel : 05-773 2205,05-773 2204
05-773 2605,05-773 2331
Fax : 05-7732205
Email :admin_pkps@usas.edu.my

ms_MYMalay

Announcement

The website in Arabic is in the process of updating.
Thank you.