Sebutharga / Tender    Kerjaya     Direktori    Hubungi

Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am

Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am memainkan peranan utama dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti pengurusan dan pembangunan sumber manusia di bawah pentadbiran Timbalan Naib Canselor Pentadbiran dan Kewangan. Bagi mencapai amalan tadbir urus yang cemerlang dan menyediakan perkhidmatan yang cekap dan berkesan, Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am terbahagi kepada unit-unit seperti berikut:-

Unit Perjawatan dan Pengambilan

Berfungsi menguruskan hal-hal berkaitan:-

  • Perancangan perjawatan/ keperluan sumber manusia
  • Pengambilan staf baru (akademik dan pentadbiran)
  • Pelantikan semula kontrak baharu bagi staf akademik dan pentadbiran
  • Kenaikan pangkat staf akademik dan pentadbiran
  • Penilaian prestasi staf
  • Disiplin dan tatatertib staf
  • Urusan rekod fail peribadi staf
  • Urusan buku vot dan bajet jabatan
  • Urusan dasar dan peraturan di Unit Perjawatan dan Pengambilan

Unit Perkhidmatan

  • Berfungsi menguruskan hal-hal berkaitan:-
  • Penggajian staf
  • Pembayaran elaun, ganjaran dan tuntutan
  • Kemudahan cuti dalam perkhidmatan
  • Urusan kehadiran staf
  • Urusan buku perkhidmatan staf
  • Urusan persaraan dan faedah persaraan
  • Urusan dasar dan peraturan di Unit Perkhidmatan

Unit Pentadbiran dan Latihan

Berfungsi menguruskan hal-hal berkaitan:-

  • Latihan dan kursus staf (luaran dan dalaman)
  • Faedah menyambung pengajian staf akademik dan pentadbiran
  • Urusan pas penggajian pegawai dagang
  • Urusan permit mengajar staf akademik
  • Kebajikan staf:-
  • Faedah perubatan dan hospital
  • Faedah pelindungan takaful

Pentadbiran jabatan dan Universiti:-

  • Pengurusan stor, fail dan talian telefon universiti
  • Urusan pos dan surat-menyurat (dalaman dan luaran)
  • Pembelian peralatan/ bekalan pejabat
  • Pengurusan bilik mesyuarat dan tempahan makanan
  • Urusan dasar dan peraturan di Unit Pentadbiran dan Latihan

Objektif

Menjadikan Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am sebagai sebuah jabatan yang memberi perkhidmatan yang cemerlang melalui pelaksanaan dan pengurusan sumber manusia yang mematuhi dasar dan polisi perkhidmatan USAS.

Visi

Menjadi pusat pengurusan dan pembangunan sumber manusia yang cemerlang berteraskan profesionalisme, integriti dan sistematik seiring dengan visi dan misi universiti.

Misi

Melahirkan modal insan yang cemerlang dan holistik melalui pembangunan dan pengurusan sumber manusia yang menyumbang kepada Rahmatan Lil ‘Alamin.

Aras 2, Bangunan Pentadbiran
Universiti Sultan Azlan Shah
Bukit Chandan
33000 Bandar
Diraja Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan
Tel: 05-773 2253,05-773 2250,
05-773 2340
Email : sumber_manusia_admin@usas.edu.my

ms_MYMalay

Announcement

The website in Arabic is in the process of updating.
Thank you.