Sebutharga / Tender    Kerjaya     Direktori    Hubungi

Jabatan Pengurusan Sistem dan Teknologi

Jabatan Pengurusan Sistem dan Teknologi telah dijenamakan semula daripada Jabatan Teknologi Maklumat selaras dengan transformasi KUISAS kepada USAS. Penjenamaan semula jabatan adalah bagi memperkasakan aspek pengurusan dan tanggungjawab jabatan ini dalam menghadapi perubahan semasa.

Jabatan Pengurusan Sistem dan Teknologi bertanggungjawab dalam aspek pengurusan sistem maklumat USAS dengan memastikan segala keperluan pelaksanaan dan perjalanan sistem maklumat USAS berjalan dengan baik dan sistematik. Jabatan ini juga bertanggungjawab memastikan segala keperluan berkaitan teknologi maklumat, komunikasi dan media dapat disediakan dengan baik dan berfungsi mengikut keperluan organisasi.

Dalam memastikan fungsinya efektif dan efisen dapat dicapai melalui amalan tadbir urus yang baik, Jabatan Pengurusan Sistem dan Teknologi dibahagikan kepada tiga unit iaitu:-

1. Unit Inovasi

2. Unit Infra

3. Unit Pentadbiran

Selaras dengan perubahan semasa yang penuh cabaran, Jabatan Pengurusan Sistem dan Teknologi sentiasa bertindak proaktif dalam memberi sokongan terbaik kepada USAS bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.

Objektif

  1. Memastikan keperluan peralatan ICT dapat dipenuhi mengikut perkembangan teknologi semasa.
  2. Memastikan kemahiran ICT dapat dikuasai oleh semua peringkat staf USAS.
  3. Membangunkan sistem-sistem yang dapat membantu memudahkan urusan kerja harian staf USAS.

Aras 2, Bangunan Pentadbiran
Universiti Sultan Azlan Shah
Bukit Chandan
33000 Bandar Diraja
Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan
Tel: 05-773 2311,05-773 2601
05-773 2215
Email : admin_it@usas.edu.my

ms_MYMalay

Announcement

The website in Arabic is in the process of updating.
Thank you.