Sebutharga / Tender    Kerjaya     Direktori    Hubungi

Jabatan Pembangunan dan Keselamatan

Jabatan Pembangunan dan Keselamatan telah dijenamakan semula daripada Jabatan Pembangunan dan Selenggaraan pada Ogos 2016. Selari dengan inisiatif ini, peranan dan tanggungjawab jabatan ini telah diperluas. Pelbagai usaha dan aktiviti berkaitan fungsi dan tanggungjawab yang kini bukan sahaja tertumpu ke arah mewujudkan persekitaran kampus yang kondusif dan bertepatan dengan sebuah institusi bertaraf universiti penuh, malah aspek keselamatan aset dan warga USAS turut diberi fokus utama.

Jabatan ini mengutamakan penyelenggaraan yang baik bagi menjamin sesuatu aset di mana dapat memberikan pulangan yang memuaskan. Aset mestilah diselenggara dengan lebih berkesan dan profesional bagi memperoleh “best value for money”. Oleh yang demikian, penyelenggaraan yang berkesan memerlukan suatu pendekatan yang lebih efisyen dan komprehensif. Penyelenggaraan hendaklah diberi penekanan terutama aset-aset yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran di universiti supaya tidak terganggu dan mengelakkan daripada kerugian jangka panjang.

Jabatan ini bergerak melangkah lebih maju ke arah arus kemajuan dan pembangunan USAS seiring dengan objektif dan tujuan penubuhannya yang mensasarkan 100% penyelenggaraan infrastruktur, kemudahan dan kenderaan di USAS dibuat mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Aras 3, Bangunan Pentadbiran
Universiti Sultan Azlan Shah
Bukit Chandan
33000 Bandar Diraja
Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan
Tel : 05-773 2366, 05-773 2289
05-773 2288
Email : admin_jps@usas.edu.my

ms_MYMalay

Announcement

The website in Arabic is in the process of updating.
Thank you.