Sebutharga / Tender    Kerjaya     Direktori    Hubungi

Pusat Bahasa dan Pengajian Asasi

Pusat Bahasa dan Pengajian Asasi (PBPA) merupakan pusat akademik di Universiti Sultan Azlan Shah yang disokong oleh Jabatan Bahasa Arab, Jabatan Bahasa Inggeris dan Pusat Asasi.

PBPA menawarkan program pradiploma dan praijazah yang dikenali sebagai program Pengajian Asasi. Program ini dirangka dan ditawarkan sebagai keperluan dan persediaan untuk pengajian peringkat diploma dan ijazah sarjana muda. PBPA menawarkan pelbagai kursus bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab untuk keperluan fakulti pengajian. Beberapa kursus, terutamanya bahasa Arab dan bahasa Inggeris diwajibkan untuk memenuhi syarat pengajian. PBPA turut menawarkan kursus-kursus bahasa untuk staf universiti, jabatan kerajaan, sektor swasta dan masyarakat awam.

Selain itu, PBPA juga menjalankan penyelidikan bahasa serta menyediakan perkhidmatan perundingan bahasa, penterjemahan dan penyuntingan. Perkhidmatan penterjemahan yang ditawarkan adalah daripada bahasa Arab dan Inggeris kepada bahasa Melayu dan sebaliknya. Perkhidmatan penterjemahan dan penyuntingan meliputi pelbagai bentuk seperti manuskrip, rencana, dokumen, risalah, dan sebagainya

Aras 3, Bangunan Pentadbiran
Universiti Sultan Azlan Shah
Bukit Chandan
33000 Bandar Diraja
Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan
Tel : 05-773 2287
05-773 2320
Email : admincelfos@usas.edu.my

ms_MYMalay

Announcement

The website in Arabic is in the process of updating.
Thank you.