Sebutharga / Tender    Kerjaya     Direktori    Hubungi

Jabatan Pengajian Pascasiswazah, Penyelidikan dan Perundingan

Jabatan Pengajian Pascasiswazah, Penyelidikan dan Perundingan dahulunya dikenali sebagai Pusat Kembangan. Jabatan ini distrukturkan kepada dua unit iaitu Unit Pengajian Pascasiswazah serta Unit Penyelidikan dan Perundingan.

Unit Pengajian Pascasiswazah bertanggungjawab dalam mengendalikan semua urusan berkaitan pengurusan akademik, peperiksaan, pendaftaran pelajar pascasiswazah, penjadualan kelas, viva-voce serta urusan yang melibatkan sistem akademik mahasiswa dan ahli akademik. Unit Pengajian Pascasiswazah bermatlamat untuk memastikan perkara-perkara yang berkaitan pembelajaran serta pengurusan akademik mahasiswa dan ahli akademik berjalan lancar dari masa ke masa dan memastikan mahasiswa bergraduat mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Unit Penyelidikan dan Perundingan pula bermatlamat untuk memperkukuhkan peranan dan menjadikan USAS sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang mempunyai kepakaran dalam bidang penyelidikan dan perundingan. Fungsi utama Unit Penyelidikan dan Perundingan ialah:-

  1. Melaksana peranan sebagai titik tumpuan program kajian dan penyelidikan;
  2. Membangun dan mengemaskini modul latihan dan keperluan latihan (TNA);
  3. Melaksana peranan sebagai penyelarasan latihan dalam USAS; dan
  4. Berperanan sebagai pusat ilmu dan rujukan serta mengadakan kolaborasi strategik dalam bidang keilmuan bersama pakar dari institusi luar dalam bidang ilmu dan latihan.

Unit Penyelidikan dan Perundingan telah memperkenalkan dana khas untuk menjalankan penyelidikan kepada ahli akademik USAS. Dana ini dikenali sebagai Dana Khas Penyelidikan USAS (DKPU) yang bertujuan untuk menggalakkan ahli akademik USAS untuk menceburi bidang penyelidikan. Peruntukan sebanyak RM2,000.00 seorang telah diberikan kepada penyelidik yang terlibat. Selain itu, Unit Penyelidikan dan Perundingan juga telah menerbitkan karya ilmiah yang berwasit dan tidak berwasit. Antara karya-karya tersebut ialah Himpunan Karya Ilmiah Edisi 1, Buku Prosiding Seminar Antarabangsa Ketamadunan Islam ISCIS dan Buku Kajian Kes. Manakala edisi jurnal pula adalah Global Jurnal Al-Thaqafah (GJAT) yang diindekskan di bawah Scopus.

Aras Bawah, Bangunan Pentadbiran
Universiti Sultan Azlan Shah
Bukit Chandan 33000
Bandar Diraja
Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan
Tel : 05-773 2263,05-773 2611
05-773 2616
Email : adminpascasiswazah@usas.edu.my

ms_MYMalay

Announcement

The website in Arabic is in the process of updating.
Thank you.