Info Program
Ijazah Doktor Falsafah Pengurusan Teknologi Maklumat adalah program doktor pascasiswazah dengan fokus utama kepada semua calon yang berkelayakan. Program pengajian ini direka khusus untuk sumbangan kepada pengetahuan berdasarkan disiplin atau bidang masing-masing, melalui penyelidikan asli, atau aplikasi asal pengetahuan dan pemahaman yang ada. Ijazah Doktor Falsafah Pengurusan Teknologi Maklumat merupakan program pengajian berasaskan penyelidikan sepenuhnya, mempunyai dua mod iaitu sambilan dan sepenuh masa. Tajuk penyelidikan haruslah berkaitan dengan bidang perkomputeran.
Syarat Kemasukan
*Ijazah Kedoktoran Secara Mod Campuran / Penyelidikan / Ijazah Kedoktoran Industri / Doktor Falsafah melalui Penerbitan Retrospektif atau Terdahulu
- Ijazah Sarjana (Tahap 7, MQF) dalam bidang Pengkomputeran atau bidang berkaitan yang diterima oleh Senat IPT; ATAU
- Ijazah Sarjana (Tahap 7, MQF) dalam bidang bukan Pengkomputeran dengan pengalaman kerja minimum LIMA (5) tahun dalam bidang pengkomputeran atau bidang berkaitan perlu menjalani kursus prasyarat yang sesuai seperti yang ditentukan oleh IPT; ATAU
- Ijazah Sarjana (Tahap 7, MQF) dalam bidang bukan Pengkomputeran dengan pengalaman kerja kurang daripada LIMA (5) tahun dalam bidang pengkomputeran atau bidang berkaitan perlu menjalani kursus prasyarat yang sesuai seperti yang ditentukan oleh IPT dan tertakluk kepada penilaian dalaman yang ketat; ATAU
- Kelayakan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana dalam bidang Pengkomputeran atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia perlu menjalani kursus prasyarat yang sesuai seperti yang ditentukan oleh IPT.
Catatan:
*Terpakai untuk semua program kedoktoran, termasuk ijazah kedoktoran melalui penerbitan retrospektif atau terdahulu dan TVET.
**Rujuk kepada Standard Ijazah Sarjana dan Kedoktoran.
KEPERLUAN KEMAHIRAN BAHASA INGGERIS (PELAJAR ANTARABANGSA)
Mencapai skor minimum 6.0 dalam IELTS atau setara. Jika pelajar tidak memenuhi keperluan ini, IPT mesti menawarkan kursus kemahiran Bahasa Inggeris untuk memastikan kemahiran pelajar mencukupi untuk memenuhi keperluan program.
Prospektif Kerjaya
Setelah selesai melengkapkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah Sains, graduan mempunyai beberapa pilihan iaitu memasuki alam pekerjaan sama ada di sektor swasta atau kerajaan dan bekerja sebagai profesional seperti pensyarah, pembangun perisian, jurutera uji perisian, jurutera perisian, arkitek perisian, penganalisis pengaturcaraan.
Hubungi Kami
Ketua Program (Ijazah Doktor Falsafah Pengurusan Teknologi Maklumat)
Dr. Ummu Salmah Binti Mohamad Hussin
dr_ummu@usas.edu.my