Info Program
Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan graduan dengan pengetahuan luas dalam pengurusan serta menguasai kemahiran dan teknik metodologi mengenai isu pengurusan dalam kedua-dua organisasi keuntungan dan bukan keuntungan. Program ini menawarkan mod campuran serta kerja kursus. Program sepenuh masa adalah dalam tempoh 1 tahun 6 bulan manakala separuh masa dalam tempoh 2 tahun 6 bulan. Kelas diadakan sebulan sekali pada hujung minggu. Bahasa yang digunakan sebagai bahasa pengantar dalam program ini ialah bahasa Inggeris.