Info Program
Program Diploma Kewangan Islam membolehkan pelajar memperoleh pandangan, kemahiran dan kepakaran dalam sistem kewangan Islam. Pelajar akan dapat memahami asas-asas kewangan Islam dan konvensional daripada aspek teori dan praktikal perbankan Islam, takaful, pasaran modal Islam, pasaran mata wang, pengurusan risiko, kewangan awam, peraturan kewangan antarabangsa dan bidang lain yang berkaitan. Kurikulum yang terdapat dalam program tersebut adalah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Pelajar akan didedahkan dengan pembelajaran teori dan praktikal di luar persekitaran bilik darjah bagi melahirkan graduan kewangan berkemahiran tinggi berlandaskan nilai-nilai Islam. Pelajar juga akan didedahkan kepada banyak kaedah pengajaran seperti analisis kajian kes, lawatan industri dan/atau jabatan dan latihan praktikal.