Info Program
Program Diploma Tahfiz Al-Quran Wa Al-Qiraat diwujudkan bertujuan untuk melahirkan generasi Islam yang boleh menghafaz 30 juzuk di dalam Al-Quran dan memahami isi kandungan Al-Quran. Ianya juga bagi memenuhi tuntutan semasa yang memerlukan para huffaz, qurra’ dan du’at yang berkebolehan dan berkerampilan serta boleh menyelesaikan isu-isu keagamaan dalam masyarakat. Tempoh minimum pengajian adalah tiga tahun (enam semester) dan tempoh maksimum adalah empat tahun (lapan semester).