Info Program
Diploma Kaunseling (Dahulu Dikenali Sebagai Diploma Kaunseling Islami) menawarkan program pengajian yang mengintegrasikan ilmu dan kemahiran kaunseling. Pembelajaran dijalankan melalui bahasa pengantar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan 90 jam kredit keseluruhan, dalam bentuk kuliah, tutorial, amali dan kerja lapangan. Program diploma ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang memiliki pengetahuan serta ilmu dan kemahiran kaunseling konvensional bagi membantu pelajar secara separa profesional selain menjalankan tanggungjawab sosial dan misi dakwah. Program Diploma Kaunseling di USAS membantu pelajar merealisasikan potensi diri untuk berjaya, efektif dan mempunyai masa depan kerjaya yang baik. USAS menyediakan program pengajian yang berkualiti melalui kurikulum terkini yang diiktiraf sejajar dengan keperluan dan perkembangan masyarakat semasa. Di samping itu, program ini bertujuan melahirkan graduan yang berpengetahuan dalam bidang kaunseling, berkebolehan mengamalkan disiplin ilmu kaunseling dalam menjalankan tugas di pelbagai sektor pekerjaan. Program ini turut mempersiapkan modal insan yang berpengalaman dan mahir dalam pengurusan pembangunan menerusi pendekatan kaunseling. Graduan yang bakal terhasil sentiasa sedia membantu dan melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.