Info Program
Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Kepujian) direka untuk melatih kemahiran yang diperlukan dalam pendidikan dan penjagaan kanak-kanak kepada pelajar. Pelajar boleh meningkatkan pemahaman mereka tentang perkembangan awal kanak-kanak, dan kurikulum direka bentuk untuk mengintegrasikan perspektif Islam dan konvensional dalam aspek teras atau aplikasi pada penggunaan hari ini dan masa depan berdasarkan realiti, keperluan, perubahan, tuntutan dan cabaran masa depan. Kurikulum juga disediakan berdasarkan garis panduan PERMATA Negara dan Kurikulum Standard Berasaskan Prasekolah (KSPK). Kepelbagaian kursus yang ditawarkan mampu memberi nilai tambahan untuk menjadi seorang profesional yang mempunyai sikap dan hati nurani yang cemerlang.