Info Program
Program Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam (Kepujian) yang dirangka akan melahirkan generasi yang mempunyai pengetahuan kewangan berteraskan prinsip syariah Islam. Graduan dalam bidang ini akan memperoleh pemahaman, kemahiran dan kepakaran dalam sistem kewangan Islam yang terdiri daripada tiga sub-bidang iaitu perbankan dan kewangan Islam, pengurusan risiko dan takaful, serta perancangan kewangan dan pengurusan harta Islam. Graduan akan memperoleh kewangan dalam asas kewangan Islam berbanding dengan konvensional, dan mampu meneroka tahap Kewangan Islam dari aspek teori dan praktikal. Kurikulum yang terdapat dalam program ini adalah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh badan profesional kewangan Islam di Malaysia iaitu Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Graduan juga bakal dianugerahkan dengan dua Sijil Kelayakan daripada IBFIM iaitu Associate Qualification in Islamic Finance (AQIF) dan Intermediate Qualification in Islamic Finance (IQIF) (Banking).