Info Program
Program Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dirangka bagi tujuan melahirkan graduan perakaunan yang berwibawa dan mendapat pengiktirafan profesional di peringkat dalam negara dan luar negara. Kurikulum yang terdapat dalam program ini adalah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh badan profesional perakaunan di Malaysia iaitu Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), merangkumi kurikulum yang terdapat dalam sijil profesional Institut Akauntan Pengurusan Berkanun (CIMA) dan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA). Pada masa yang sama, program ini juga menerapkan nilai-nilai Islam dan profesionalisme melalui kursus-kursus yang ditawarkan serta aktiviti yang dijalankan.