Info Program
Program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) (Keusahawanan) merangkumi beberapa aspek ilmu pengetahuan termasuklah keusahawanan, pengurusan, perakaunan, sumber manusia, kewangan, pasaran, penjualan, promosi, produk, budaya silang dan dasar perniagaan antarabangsa, teknologi maklumat dan beberapa bidang yang lain. Keusahawanan merupakan salah satu pengkhususan yang ditawarkan kepada bakal pelajar meliputi aspek pemahaman sehingga menjadi usahawan yang berjaya di peringkat global. Pelajar akan didedahkan dengan pembelajaran teori dan praktikal di luar persekitaran bilik kuliah supaya dapat menghasilkan graduan perniagaan berkemahiran tinggi yang menyeluruh. Kurikulum yang terdapat dalam program ini adalah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).