Sebutharga / Tender    Kerjaya     Direktori    Hubungi

Pusat Pengajian Terbuka & Pembelajaran Professional

Pihak pengurusan eksekutif USAS telah memutuskan untuk mewujudkan bahagian yang berperanan dalam pengajian terbuka dan pembelajaran jarak jauh. Oleh yang demikian bahagian tersebut telah diwujudkan sebagai Pusat Pengajian Terbuka & Jarak Jauh pada 2 Ogos 2019.

Visi
Mewujudkan sistem pengajian terbuka dan jarak jauh yang cekap dan kondusif serta memenuhi aspirasi pendidikan masyarakat.

Misi
Menyediakan peluang pembelajaran yang fleksibel kepada pelajar tanpa mengira lokasi dan masa.

Objektif

  1. Menawarkan program yang memenuhi pasaran industri semasa.
  2. Merekabentuk kandungan yang berkualiti, menarik dan interaktif bagi para pelajar.
  3. Menyediakan fasilitator yang cekap, mesra dan berpengetahuan bagi program yang diikuti.
  4. Menyediakan platform e-pembelajaran dan system sokongan yang membimbing pelajar dan mesra pengguna.

Functions

Pusat Pengajian Terbuka & Jarak jauh berfungsi dengan memberi penekanan kepada kriteria berikut:-

  1. Penyampaian ilmu. Ini adalah asas terpenting bagi pelaksanaan pengajian terbuka dan jarak jauh pendekatan berupa pembelajaran berorientasi pelajar, guru sebagai fasilatator, persembahan kandungan mata pelajaran yang interaktif dan menarik dan platform (sistem) yang mesra pengguna merupakan keutamaan yang sentiasa diberi perhatian ketika mengurus gaya pengajian ini.
  2. Kualiti. Komponen penting seperti kandungan mata pelajaran beserta cara persembahan, sistem yang cekap seiring dengan pemantauan yang berjadual merupakan elemen yang harus dipastikan berlaku.

Deskripsi tugas Pengarah Pusat Pengajian Terbuka & Jarak Jauh

  1. Ketua Jabatan bagi Pusat Penilaian APEL.
  2. Pusat sehenti bagi permohonan dan penilaian APEL.
  3. Memaklum tindak balas dan panduan berkaitan proses permohonan, kemasukan dan pensijilan berdasarkan APEL.
  4. Memberi panduan dan bimbingan bagi setiap calon ketika proses permohonan penilaian APEL.
  5. Memproses penerimaan permohonan dan memaklumkan tarikh penilaian.
  6. Menyiapkan instrumen penilaian bagi setiap calon.
  7. Melantik Penilai Portfolio dan Panel Temu Temuduga

Aras 3, Bangunan Pentadbiran,
Universiti Sultan Azlan Shah
Bukit Chandan
33000 Bandar Diraja Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan
Tel : 05-773 2247
Email : admin.odl@usas.edu.my

ms_MYMalay

Announcement

The website in Arabic is in the process of updating.
Thank you.