Sebutharga / Tender    Kerjaya     Direktori    Hubungi

Naib Canselor

16-01
Naib Canselor

PROF. DATO’. DR. WAN SABRI BIN WAN YUSOF

Pejabat Naib Canselor
Aras 3, Bangunan Pentadbiran
Universiti Sultan Azlan Shah,
Bukit Chandan,
33000 Kuala Kangsar,
Perak Darul Ridzuan.
Email : nc@usas.edu.my
Tel      : 05-773 2201

Prof. Dato’ Dr. Wan Sabri Bin Wan Yusof telah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Sultan Azlan Shah sejak tahun 2012.

Beliau merupakan lulusan Bachelor of Economics (Islamic Economics) (Hons) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1987. Pada tahun 1992, beliau telah berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana di universiti yang sama, dalam bidang Master of Islamic Revealed Knowledge and Heritage (Specialized in Tafsir). Ijazah Sarjana kedua beliau diperolehi pada tahun 1995 dari Temple University, USA, dalam bidang Master of Arts (Specialized in Comparative Religion). Seterusnya beliau menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah di Temple University, USA, dalam bidang Islamic Thought and Comparative Religion pada tahun 1997.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1988 hingga dilantik sebagai Profesor Madya di UIAM pada tahun 2010. Sepanjang tempoh perkhidmatannya bersama UIAM, beliau pernah menyandang pelbagai jawatan penting seperti Ketua Jabatan, Department of Usuluddin and Comparative Religion, Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences, dan Timbalan Dekan, Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. Beliau juga turut dilantik menyandang pelbagai jawatan lain dalam urusan pentadbiran dan pembangunan akademik dan hal ehwal pelajar universiti di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Berdasarkan kepakaran beliau dan pengalaman yang luas di dalam bidang pendidikan, Prof. Dato’ Dr. Wan Sabri Bin Wan Yusof telah ditawarkan menjawat jawatan Timbalan Rektor Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) pada tahun 2012 dan merupakan salah seorang tunjang utama dalam pembangunan universiti ini sehingga berjaya dinaiktaraf dan diiktiraf menjadi universiti penuh dengan nama Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) pada tahun 2016.

Selain itu, beliau juga turut dilantik menyandang pelbagai jawatan lain di sektor awam dan swasta seperti Ahli Lembaga Pengarah di beberapa Institusi Pendidikan, Penasihat dan Perunding Syariah kepada pelbagai institusi perbankan Islam dan takaful serta turut dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Beliau juga telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pengurusan Wakaf dan Penyelidik Kajian Zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pendidikan Dan Kurikulum Tahfiz Negeri Perak Darul Ridzuan dan menjadi antara tunggak utama dalam pembangunan pendidikan tahfiz di negeri ini.

Di atas segala jasa dan sumbangan beliau dalam pembangunan pendidikan di Negeri Perak Darul Ridzuan, Prof. Dato’ Dr. Wan Sabri Bin Wan Yusof telah dikurniakan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P) bersempena Ulangtahun Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Yang Ke-59 pada 27 November 2015 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak.

ms_MYMalay

Announcement

The website in Arabic is in the process of updating.
Thank you.