Sebutharga / Tender    Kerjaya     Direktori    Hubungi

Timbalan Naib Canselor Pentadbiran dan Kewangan

17-01
Timbalan Naib Canselor Pentadbiran dan Kewangan

PROF MADYA DR. ANAS BIN MD. YUSOF

Pejabat Timbalan Naib Canselor Pentadbiran Dan Kewangan
Aras 3, Bangunan Pentadbiran
Universiti Sultan Azlan Shah,
Bukit Chandan,
33000 Kuala Kangsar,
Perak Darul Ridzuan.
E-mail  : tnc.pk@usas.edu.my
Tel.        : 05-773 2215

Prof. Madya Dr. Anas Bin Md. Yusof telah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Pentadbiran dan Kewangan di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) pada tahun 2016 sehingga kini. Beliau telah berkhidmat sebagai Timbalan Rektor Pentadbiran dan Kewangan sejak tahun 2011 dan jawatan ini telah dijenamakan kepada Timbalan Naib Canselor Pentadbiran dan Kewangan selaras dengan naik taraf sebagai universiti penuh. 

Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1997. Pada tahun 2004, beliau menamatkan pengajian Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di Universiti Teknologi MARA. Beliau adalah Akauntan Bertauliah (Chartered Accountant) yang berdaftar dengan Institut Akauntan Malaysia (Malaysian Institute of Accountants). Beliau turut merupakan ahli Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (Malaysian Association of Tax Accountants (MATA))

Beliau memulakan kerjayanya sebagai Akauntan Eksekutif di Abrar Corporation pada tahun 1997. Pada tahun 1998, beliau berkhidmat sebagai Akauntan dengan IMT Defense Sdn. Bhd., salah satu pemain terkemuka dalam industri pertahanan tempatan. Pada Ogos 2001, beliau berkhidmat sebagai Eksekutif Kanan di Jabatan Kewangan dan Pengurusan Dana di Universiti Teknologi Petronas (UTP). Sepanjang kerjayanya di UTP, beliau telah dilantik sebagai Ketua Unit dan Pengurus masing-masing. Pada tahun 2011, beliau dilantik sebagai Timbalan Rektor Pentadbiran dan Kewangan di Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) oleh Kerajaan Negeri Perak.

Beliau bergiat cergas dalam bidang koperasi dan kemasyarakatan seperti menjadi Pengerusi Koperasi Iktisad Taiping Berhad. Di peringkat antarabangsa pula beliau adalah ahli Jawatankuasa Penasihat kepada Southern Region Research Centre (SRRC), Thailand.

ms_MYMalay

Announcement

The website in Arabic is in the process of updating.
Thank you.