JUN 2024 – Encik Nurulakmal bin Mohamed@Muhammad, Pengetua SMK Bukit Merchu telah mengadakan pertemuan bersama Prof. Dato’ Dr. Wan Sabri bin Wan Yusof, Naib Canselor USAS bersama beberapa orang pensyarah. Tujuan pertemuan ini adalah untuk membincangkan pelaksanaan Program Sekolah Angkat bersama USAS bagi membantu guru dan murid khususnya Kelas Aliran Agama serta pelajar aliran perdana dalam mendapat pendedahan awal berkaitan peluang belajar di USAS. Melalui kolaborasi ini juga, pihak sekolah telah merangka beberapa aktiviti yang akan dilaksanakan bersama pihak USAS bagi meningkatkan kerjasama antara kedua-dua institusi. Diharap dengan terjalin hubungan erat pihak sekolah dan USAS daat melahirkan generasi yang terbilang.