APRIL 2023 Masjid Raja Permaisuri Bainun, Universiti Sultan Azlan Shah telah diberi penggredan 5 bintang (Amat Bersih) bagi kategori Tandas Awam oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.

Ustaz Anuar Basir, Ketua Jabatan Pengurusan Masjid menyatakan bahawa pengiktirafan ini adalah satu penghargaan kepada pengurusan masjid dan pekerja pembersihan yang telah menjalankan kerja-kerja penjagaan, penyelenggaraan dan pembersihan berjadual dengan baik dan komitmen yang tinggi.

Pihak Masjid Raja Permaisuri Bainun mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua jemah yang sentiasa menjaga kebersihan tandas.