MEI 2023 Sambutan Hari Raya Aidilfitri USAS 2023 telah berlangsung dengan meriah pada 19 Mei 2023, dan telah dihadiri oleh Ahli-Ahli Lembaga Pengarah USAS Berhad & USAS, Ketua Jabatan Negeri dan Daerah, wakil-wakil bank, pensyarah, kakitangan dan wakil-wakil pelajar.

Dewan Serbaguna telah dihiasi dengan indah dengan hiasan khas Hari Raya untuk memberi sentuhan festiviti dan memeriahkan suasana sambutan. Bukan sahaja itu, kawasan makanan di setiap kiosk yang disediakan oleh setiap jabatan juga dihiasi dengan hidangan khas raya, antaranya lemang, rendang dan pelbagai kuih-muih tradisional.

Dalam majlis tersebut, turut diadakan penyerahan replika cek Sumbangan Tajaan pelajar USAS Ijazah Sarjana Muda Industri Pertanian kepada 19 orang pelajar oleh Perbandanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) berjumlah RM513,000. Selain itu, sumbangan zakat Tabung Kebajikan Pelajar berjumlah RM250,000 oleh Etiqa Takaful, serta sumbangan zakat berjumlah RM40,000 oleh Bank Islam Malaysia Berhad.