Sebutharga / Tender    Kerjaya     Direktori    Hubungi

Profil

Sejarah Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) bermula pada tahun 1999, memperlihatkan transformasi cemerlang dari sebuah kolej menjadi universiti penuh.

Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) ditubuhkan di bawah Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1996, di atas titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ketika itu, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Penubuhannya direalisasikan pada tahun 1999 dengan kampus sementara yang terletak di Jalan Dato’ Seri Shaari, Off Jalan Raja DiHilir, Ipoh dan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 16 Oktober 1999. KISDAR ditubuhkan di bawah Enakmen Bil. 3 Tahun 2000, Enakmen Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Enakmen ini dibentang dan diluluskan oleh Dewan Negeri Perak pada 19 November 2001 dan diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 6 Mac 2002.

Pada 8 Februari 2006, Kerajaan Negeri Perak meluluskan kerja-kerja pembinaan kampus tetap KISDAR di atas sebidang tanah seluas 50 ekar yang diwakafkan Pemangku Raja Perak ketika itu, Raja Dr. Nazrin Shah di Chandan Putri, Kuala Kangsar. Kampus tetap dengan kos pembinaan berjumlah RM 66 juta siap pada tahun 2008. Pada 16 Julai 2009, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ketika itu, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah merasmikan kampus tetap KISDAR.

KISDAR kemudian dinaik taraf kepada kolej universiti yang dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) dan didaftarkan di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) pada 4 Mac 2013. Tiga tahun kemudian pada 10 Jun 2016, YAB. Perdana Menteri Malaysia mengisytiharkan KUISAS sebagai universiti penuh berkuat kuasa secara serta merta. Susulan itu Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) secara rasmi ditubuhkan pada 15 Jun 2016.

FAKTA & ANGKA

Alumni
0
Pelajar
0
Program
0
Profesor
0
ms_MYMalay

Announcement

The website in Arabic is in the process of updating.
Thank you.