Menyediakan infrastruktur secukupnya bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif;
Kesemua program pengajian diiktiraf oleh jawatankuasa pengiktirafan di Malaysia;
Kesemua program pengajian yang ditawarkan oleh universiti telah melalui kajian pasaran (market survey) dan
Memastikan kurikulum pengajian mengandungi elemen inovatif dan nilai tambah, etika, kesukarelaan dan pembinaan integriti.
Menyediakan kemudahan kepada ahli akademik dan mahasiswa menjalankan penyelidikan bagi tujuan memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran serta sumbangan kepada ilmu pengetahuan dan industri;
Memberi sokongan kepada penyelidik supaya dapatan penyelidikan dapat dibentangkan bagi mendapatkan tajaan; dan
Memberi kemudahan kepada para penyelidik untuk membentangkan dapatan penyelidikan di dalam dan luar negara.
Memastikan setiap program pengajian yang dibina telah merujuk kepada konvensyen dan piawaian antarabangsa;
Menggalakkan setiap penyelidik mengambil kira isu tempatan dan antarabangsa bagi maksud penyelidikan mereka;
Menggalakkan setiap penyelidik berkolaborasi dengan penyelidik lain termasuk rakan penyelidik antarabangsa;
Memastikan universiti menyediakan kemudahan yang membolehkan mahasiswa mendapat pendedahan dan pengalaman antarabangsa;
Menetapkan sasaran populasi universiti mempunyai sekurang-kurangnya 10% mahasiswa antarabangsa; dan
Memastikan setiap fakulti mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) kolaborasi dengan universiti luar negara.
- Memastikan setiap mahasiswa dan staf universiti sentiasa bersiap siaga memberi khidmat sukarela kepada individu dan masyarakat yang memerlukan bantuan.
Menyediakan kemudahan teknologi maklumat terkini dalam pentadbiran untuk melicinkan proses kerja yang kondusif dan produktif;
Menyediakan insentif peluang latihan kepada perkembangan kerjaya staf;
Menyediakan tenaga kerja akademik yang berkelayakan;
Mentadbir dan menguruskan kewangan dan aset universiti dengan efisen dan melaporkan prestasi kewangan tersebut kepada pihak berkuasa seperti yang termaktub dalam peraturan kewangan yang ditetapkan;
Memastikan akaun universiti mendapat ulasan bersih dari Jabatan Audit Negara; dan
Proses kerja pentadbiran mengikut piawaian International Organization for Standardization (ISO).