Sebutharga / Tender    Kerjaya     Direktori    Hubungi

Bahagian Kemasukan dan Rekod

Bahagian Kemasukan dan Rekod telah dijenamakan semula daripada Jabatan Akademik, Kemasukan dan Rekod yang terdahulu. Bahagian ini adalah hasil penggabungan dua jabatan iaitu Jabatan Kemasukan dan Rekod dan Jabatan Pembangunan Kurikulum.

Bahagian Kemasukan dan Rekod bertanggungjawab dalam mengendalikan segala urusan berkaitan pengurusan akademik, penjadualan kelas, urusan peperiksaan dan pengijazahan, urusan berkaitan dengan sistem akademik yang melibatkan mahasiswa dan ahli akademik, urusetia Mesyuarat Senat, urusetia Mesyuarat Majlis Dekan serta urusan kerjasama akademik dengan IPT lain. Jabatan ini terbahagi kepada tiga unit utama iaitu:-

  1. Unit Pengambilan dan Kemasukan
  2. Unit Peperiksaan, Pengijazahan, Pendaftaran Kursus dan Jadual
  3. Unit Senat, Pentadbiran Am dan Tugas-Tugas Khas
  4. Unit Data dan Rekod

Dalam menyahut pelan Transformasi USAS, Bahagian Kemasukan dan Rekod bergerak secara rapat dengan jabatan-jabatan lain dalam memberikan sokongan terbaik kepada universiti.

Aras 1, Bangunan Pentadbiran
Universiti Sultan Azlan Shah
Bukit Chandan
33000 Bandar Diraja
Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan
Tel : 05-773 2298,05-773 2210,
05-773 2212, 05-773 2329
Email : admin.bkr@usas.edu.my

ms_MYMalay

Announcement

The website in Arabic is in the process of updating.
Thank you.