Sebutharga / Tender    Kerjaya     Direktori    Hubungi

Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat

Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat mempunyai dua jabatan iaitu:

  1. Jabatan Pengurusan
  2. Jabatan Teknologi Maklumat.

Matlamat utama penubuhannya adalah untuk melahirkan generasi berilmu yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengurusan dan teknologi. Selain menumpukan kepada penyelesaian masalah, program-program pengajian di bawah fakulti juga menerapkan nilai-nilai Islam di dalam proses pembelajarannya yang memberikan nilai tambah kepada mahasiswa.

Keistimewaan Fakulti ini adalah pada penggabungan pengurusan dan teknologi yang diterjemahkan di dalam pelbagai sumber dan kepakaran dalam menyediakan graduan untuk memenuhi keperluan modal insan yang mempunyai pelbagai kemahiran:-

  1. Tenaga pengajar daripada golongan profesional yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan, komputeran dan multimedia.
  2. Berorientasikan aplikasi ilmu, memberi latihan dalam perancangan dan bimbingan secara berterusan.
  3. Mahasiswa diberi peluang untuk mendapat latihan secara praktikal dengan membuat latihan di sektor swasta dan awam.

Aras 1, Bangunan Pentadbiran
Universiti Sultan Azlan Shah
Bukit Chandan
33000 Bandar Diraja
Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan
Tel : 05-773 2386
05-773 2284
Email : admin_fptm@usas.edu.my

ms_MYMalay

Announcement

The website in Arabic is in the process of updating.
Thank you.