Sebutharga / Tender    Kerjaya     Direktori    Hubungi

Jabatan Pengurusan Jaminan Kualiti

Unit Jaminan Kualiti Dalaman atau dikenali sebagai Jabatan Pengurusan Jaminan Kualiti telah ditubuhkan pada 16 April 2018.

Objektif

Sejajar dengan visi, misi dan falsafah USAS, objektif jabatan ini adalah untuk:-

  1. Memastikan program akademik mematuhi piawaian akademik (Agensi Kelayakan Malaysia dan Jabatan Pengajian Tinggi).
  2. Memastikan sistem penyampaian perkhidmatan adalah cekap dan berkesan.
  3. Memastikan pengurusan risiko dilaksanakan dengan teliti di setiap peringkat.
  4. Memastikan data dan dokumen dikemas kini secara kerap dan mengikut peraturan, dasar dan garis panduan yang dinyatakan.

Piagam Pelanggan

  1. Mengendalikan audit secara profesional mengikut piawaian umum yang diterima.
  2. Menghasilkan laporan penemuan audit yang bebas dan seimbang.
  3. Memastikan pengurusan risiko dilaksanakan dengan teliti di setiap peringkat.
  4. Menghasilkan perancangan audit dalaman tahunan sebelum berakhir Januari tahun berikutnya.
  5. Mengemukakan laporan sebelum dan selepas audit kepada pihak yang diaudit dalam masa empat belas (14) hari bekerja selepas menyampaikan laporan kepada Naib Canselor.
  6. Memastikan setiap program pendidikan yang dijalankan untuk mematuhi garis panduan dari Agensi Kelayakan Malaysia serta terma yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
  7. Memastikan setiap program pendidikan dijalankan dalam tempoh kelulusan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

Aras Bawah, Bangunan Pentadbiran
Universiti Sultan Azlan Shah
Bukit Chandan
33000 Bandar Diraja
Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan
Tel: 05-773 2282
Email  : adminaudit@usas.edu.my

ms_MYMalay

Announcement

The website in Arabic is in the process of updating.
Thank you.