Sebutharga / Tender    Kerjaya     Direktori    Hubungi

Jabatan Perpustakaan Raja Ashman Shah

Perpustakaan Raja Ashman Shah dikategorikan sebagai perpustakaan akademik yang bertindak sebagai organisasi yang menyokong pendidikan dan pembelajaran bagi mahasiswa dan staf di USAS. Matlamat utama penubuhan perpustakaan ini ialah untuk mewujudkan warga universiti yang berpengetahuan, berilmu dan bermaklumat sejajar dengan moto'Rahmatan Lil Alamin'.Di dalam usaha pihak perpustakaan untuk melahirkan warga yang bermaklumat, berpengetahuan dan berilmu menerusi pembacaan, pengajaran dan pembelajaran, pelbagai perkhidmatan dan kemudahan telah disediakan kepada pengguna perpustakaan.

Objektif

  1. Menyediakan koleksi bacaan yang bermutu dan berkualiti kepada pengguna perpustakaan.
  2. Menyediakan perkhidmatan maklumat yang berkualiti kepada pengguna perpustakaan.
  3. Menyediakan prasarana yang lengkap dan sempurna kepada pengguna perpustakaan.

Misi
Melahirkan warga universiti yang bermaklumat, berpengetahuan dan berilmu menerusi pembacaan dan kegiatan berkaitan melalui penyediaan prasarana yang sempurna.

Visi
Menjadikan Perpustakaan Raja Ashman Shah sebagai pusat maklumat lengkap dan berteknologi tinggi.

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perpustakaan Raja Ashman Shah adalah seperti berikut:-

  • Perkhidmatan peminjaman dan pemulangan bahan
  • Perkhidmatan rujukan
  • Perkhidmatan audio visual
  • Perkhidmatan internet/wifi
  • Perkhidmatan fotostat
  • Perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan
  • Perkhidmatan pangkalan data atas talian (online database)
  • OPAC (Online Public Access Catalog)

Universiti Sultan Azlan Shah
Bukit Chandan
33000 Bandar
Diraja Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan
Tel : 05-773 2291, 05-773 2397
05-773 2393
Email : admin_perpustakaan@usas.edu.my

ms_MYMalay

Announcement

The website in Arabic is in the process of updating.
Thank you.