Sebutharga / Tender    Kerjaya     Direktori    Hubungi

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Bahagian Hal Ehwal Pelajar merupakan salah satu komponen jabatan yang terpenting di Universiti Sultan Azlan Shah. Bahagian ini diletakkan di bawah tanggungjawab Timbalan Naib Canselor Akademik dan Hal Ehwal Pelajar dan diketuai oleh seorang Dekan.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar bertanggungjawab menyelia dan mengurus perkara berkaitan mahasiswa yang meliputi aspek kebajikan, kegiatan aktiviti, disiplin dan kesejahteraan diri mahasiswa. Bagi menjayakan moto USAS iaitu menyebarkan rahmat ke seluruh alam, Bahagian ini menjalankan fungsinya dengan matlamat untuk melahirkan mahasiswa yang mempunyai sahsiah terpuji dan mampu memberikan sumbangan kepada masyarakat melalui bidang kepakaran masing-masing.

Fungsi Utama

  1. Bertanggungjawab mengawal selia kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa.
  2. Bertanggungjawab menyelaras aktiviti sukan, kesenian dan kebudayaan kepada mahasiswa.
  3. Bertanggungjawab mengurus atau membantu menyelia segala permohonan dan hal-hal berkaitan biasiswa, pinjaman pelajaran dan bantuan zakat yang melibatkan agensi-agensi yang berkaitan.
  4. Bertanggungjawab menyelaras aktiviti kelab dan persatuan serta kegiatan mahasiswa di dalam dan di luar kampus.
  5. Bertanggungjawab menawar perkhidmatan runding cara dan pembangunan sahsiah mahasiswa.
  6. Bertanggungjawab menyelaras aktiviti yang melibatkan hal ehwal mahasiswa antarabangsa.

Aras 1, Bangunan Pentadbiran
Universiti Sultan Azlan Shah
Bukit Chandan
33000 Bandar Diraja
Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan
Tel : 05-773 2286, 05-773 2318,
05-773 2392
Email : admin_hep@usas.edu.my

ms_MYMalay

Announcement

The website in Arabic is in the process of updating.
Thank you.