Info Program
Ijazah Sarjana Muda Takaful (Kepujian) dirangka bertujuan memenuhi keperluan negara dalam melahirkan generasi berilmu dalam bidang Takaful berlandaskan prinsip syariah dan muamalah Islam. Program ini penting dalam memberi gambaran yang mendalam terhadap parameter yang mengawal keperluan operasi dan mengendalikan perniagaan dengan cara yang baik dan berhemah.
Ia telah menjadi matlamat dan objektif program untuk melatih dan menyediakan pelbagai kemahiran kepada pelajar, termasuk pengetahuan, kemahiran berfikir analitikal dan kritis, untuk melahirkan graduan yang reflektif dan kompeten yang bukan sahaja memenuhi keperluan tenaga kerja pasaran semasa, di peringkat tempatan dan global tetapi juga dilengkapi dengan baik untuk menghadapi cabaran profesional masa depan. Ini adalah selaras dan menyokong visi dan misi Universiti untuk menjadi pusat kecemerlangan kreativiti dan inovasi, membangun masyarakat yang berilmu dan berbudaya. Sehubungan itu juga, graduan dilengkapi pembelajaran sepanjang hayat untuk pembangunan kerjaya yang berprestij dan berterusan selari dengan Visi dan Misi Universiti ini sendiri.