Info Program
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) merangkumi beberapa aspek ilmu pengetahuan iaitu pemasaran, pengurusan sumber manusia, keusahawanan dan pengangkutan serta logistik. Pelajar akan didedahkan dengan pembelajaran teoritikal dan praktikal di luar persekitaran bilik kuliah bagi menghasilkan graduan berkemahiran tinggi yang menyeluruh. Kurikulum yang terdapat dalam program ini adalah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).