Info Program
Program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) (Pemasaran) merangkumi beberapa aspek ilmu pengetahuan termasuklah pemasaran, pengurusan, perakaunan, sumber manusia, kewangan, pasaran, penjualan, promosi, produk, budaya silang dan dasar perniagaan antarabangsa, teknologi maklumat dan beberapa bidang yang lain. Pemasaran merupakan pengkhususan yang ditawarkan meliputi pemahaman berkenaan kehendak pengguna, pembinaan produk, penyelidikan, penyaluran atau pengedaran, promosi dan aspek-aspek lain yang menjadi teras kepada perniagaan supaya produk dapat dicipta dan dihasilkan mengikut kehendak pasaran dan sampai kepada pengguna akhir atau organisasi. Kurikulum yang terdapat dalam program ini adalah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).