Info Program
Program ini bertujuan memberi para pelajar kefahaman tentang ajaran Islam secara lengkap dan menyeluruh seperti yang terdapat di dalam al-Quran, al-hadith dan sumber-sumber diiktiraf yang lain.
Pelajar didedahkan dengan aspek utama ajaran Islam meliputi akidah, syariah dan akhlak serta pecahan lain seperti ibadah, muamalah, munakahat, jinayat, termasuklah pengamalan prinsip-prinsip Islam dalam pelbagai aspek kehidupan harian yang melibatkan politik, ekonomi dan sosial, selaras dengan tahap pendidikan mereka di universiti. Setiap tajuk dan perbincangan yang dibangkitkan akan dihubungkaitkan dengan aplikasi kehidupan semasa dan kontemporari melalui contoh-contoh tertentu. Melalui program ini, para pelajar dapat memahami maksud dan isi kandungan ajaran Islam yang sebenar-benarnya sebagai persediaan untuk mendalami bidang ini untuk dihayati dalam kehidupan seharian.