Info Program
Diploma Perakaunan digubal khusus untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman melalui pendidikan bersepadu dalam bidang perakaunan dan ditambah nilai dengan bidang pengurusan, keusahawanan, pembangunan kendiri dan teknologi maklumat. Kurikulum program ini mengintregasikan elemen perakaunan Islam, etika dan profesionalisme serta teknologi maklumat. Pelajar akan mempelajari sub-bidang perakaunan iaitu perakaunan kewangan, perakaunan pengurusan, pengauditan, percukaian, sistem maklumat perakaunan dan perakaunan berkomputer. Pelajar juga didedahkan dengan penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan dalam situasi persekitaran perniagaan semasa dan memenuhi keperluan industri perakaunan. Kurikulum yang dibina dalam program ini adalah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh badan profesional perakaunan di Malaysia iaitu Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).