Info Program
Program Diploma Bahasa Arab dengan Pendidikan menawarkan kursus yang merangkumi bidang bahasa Arab dan asas pendidikan. Program ini turut menggabungkan ilmu-ilmu teras seperti fiqh, akidah, bahasa Inggeris serta kemahiran komputer. Gabungan kursus yang ditawarkan mampu melahirkan warganegara yang peka terhadap tuntutan sosial dan keperluan negara.
Program Diploma Bahasa Arab dengan Pendidikan ini bukan sahaja membuka peluang kepada para graduan untuk bergerak maju dan membina kerjaya dengan lebih mudah kerana memiliki pelbagai disiplin ilmu, malah pengkhususan dalam bidang ini membuka ruang kepada bakal graduan untuk menceburi dunia pendidikan dengan lebih berani dan profesional. Pelbagai aspek yang disentuh sepanjang program ini dijalankan demi memastikan para pelajar memperoleh kemahiran yang sesuai untuk mengurus kurikulum pengajian, pelajar dan pengajaran.
Program ini juga memperkenalkan beberapa modul atau kursus yang berteraskan pengalaman seperti latihan mengajar untuk memberi ruang kepada bakal graduan merasa dan mengalami suasana pekerjaan yang sebenar sebelum benar-benar berada dalam pasaran kelak. Kursus-kursus lain juga diselitkan dengan kajian kes bagi membolehkan para pelajar menilai dan menggunakan cara-cara yang sesuai dalam menyelesaikan sebarang permasalahan.