Info Program
Program Diploma Pentadbiran Perniagaan merangkumi beberapa aspek ilmu pengetahuan khususnya dalam pengurusan dan pentadbiran perniagaan. Program diploma ini memberi pendedahan sewajarnya kepada pelajar bagi menyesuaikan dan menerangkan ilmu berkaitan dengan pentadbiran perniagaan berasaskan aliran semasa global. Kurikulum yang dibina dalam program ini adalah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Pelajar akan didedahkan dengan pembelajaran teori dan praktikal di dalam dan luar persekitaran bilik kuliah supaya dapat menghasilkan graduan berkemahiran tinggi yang lebih berdaya saing serta menyeluruh. Pelajar juga akan didedahkan dengan pelbagai kaedah pengajaran bagi membolehkan mereka mengguna pakai ilmu pentadbiran perniagaan yang dipelajari bagi menghadapi realiti dunia perniagaan masa kini.