Info Program
Program Diploma Pengurusan Muamalat merangkumi empat bidang asas dalam pengurusan perniagaan, iaitu pengurusan, pemasaran, kewangan dan perakaunan dari perspektif Islam. Pelajar dalam bidang ini akan memperoleh pemahaman, kemahiran dan kepakaran dalam pengurusan dan pentadbiran muamalat. Kurikulum yang terdapat dalam program ini mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Pelajar akan didedahkan dengan pembelajaran teori dan praktikal di luar persekitaran bilik kuliah bagi menghasilkan graduan pengurusan perniagaan berkemahiran tinggi yang menyeluruh berteraskan nilai Islam dengan. Pelajar juga akan didedahkan dengan pelbagai kaedah pengajaran seperti analisis kajian kes, lawatan industri dan/ atau jabatan dan latihan praktikum.
Syarat Kemasukan