Info Program
Program ini dirangka khusus bagi individu yang ingin mendalami ilmu Psikologi secara lebih mendalam dan memerlukan pelajar menyiapkan penulisan penyelidikan (tesis) yang berkualiti. Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang mempunyai kepakaran dalam sub-bidang ilmu Psikologi dan pemikiran yang dinamik serta melaksanakan penyelidikan yang sistematik terhadap isu semasa dan sosial. Program ini dirangka khusus bagi individu yang ingin mendalami disiplin Psikologi pada peringkat lanjutan. Program ini merangkumi kursus-kursus wajib dalam bidang pengkhususan utama ilmu psikologi seperti Metodologi Penyelidikan Dalam Sains Sosial, Statistik Untuk Sains Sosial, serta Isu dan Kes Psikologi Kaunseling.