Info Program
Matlamat utama program pengajian ini adalah untuk membentuk dan melahirkan pendidik yang berkesan, guru-guru dan pengurus dengan pengetahuan dan kemahiran terkini serta mendedahkan mereka dengan isu-isu semasa dalam bidang pentadbiran pendidikan, kepimpinan dan pengurusan. Program pengajian ini menawarkan mod kerja kursus sahaja. Tempoh pengajian sepenuh masa ialah setahun 6 bulan manakala tempoh pengajian separuh masa ialah 2 tahun 6 bulan. Medium bahasa yang digunakan ialah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.