Info Program
Matlamat utama program pengajian ini adalah untuk melahirkan graduan yang luas ilmu pengetahuan dalam bidang kewangan Islam serta menguasai kemahiran dan teknik metodologi berkenaan isu-isu kewangan Islam. Program pengajian ini menawarkan mod pengajian kerja kursus sepenuhnya sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa. Tempoh pengajian sepenuh masa ialah setahun 6 bulan manakala tempoh pengajian separuh masa ialah 2 tahun 6 bulan. Kelas diadakan sekali sebulan pada hujung minggu.