Info Program
Program ini direka khusus untuk individu yang ingin mendalami disiplin ilmu Usuluddin pada peringkat lanjutan. Ia merangkumi kursus-kursus wajib dalam bidang utama Usuluddin seperti aqidah, hadith, tafsir, da’wah, perbandingan agama, tasawwuf, dan falsafah. Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang mempunyai kepakaran dalam sub-bidang Usuluddin dan mampu menganalisis pemikiran klasik dan moden serta menghasilkan idea-idea baru yang relevan dengan konteks semasa.
Syarat Kemasukan
- Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6 – KKM) dalam bidang Pengajian Islam dengan minimum PNGK 2.75 atau yang setaraf dengannya seperti yang diterima oleh Senat PPT; atau
- Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6 – KKM) dalam bidang Pengajian Islam atau yang setara dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 dan tidak mencapai PNGK 2.75 boleh diterima masuk bergantung kepada penilaian dalaman yang rapi; atau
- Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6 – KKM) dalam bidang Pengajian Islam atau yang setara dengannya tetapi tidak mencapai PNGK 2.50 boleh diterima masuk tertakluk kepada minimum lima (5) tahun pengalaman kerja dalam bidang relevan.
Pelajar Antarabangsa
Ijazah sarjana muda yang berkaitan dengan gred baik dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf, atau sijil lain yang diiktiraf setaraf dengan ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Senat Universiti.
Prospektif Kerjaya
- Pengambilan ke dalam sektor awam sebagai pegawai agama.
- Pengambilan ke dalam sektor swasta sebagai penasihat atau perunding.
- Berpeluang melibatkan diri dalam bidang akademik sebagai pensyarah atau penyelidik.
Hubungi Kami
Mardhiah Binti Ahmad Sahimi
Ketua Program Ijazah Sarjana Usuluddin
011-64558458
mardhiahsahimi@usas.edu.my