Info Program
Diploma Pascasiswazah Amalan Kehakiman & Guaman Syarie ini bertujuan untuk menghasilkan graduan yang berpengetahuan dalam amalan kehakiman, guaman syarie dan kemahiran advokasi di Mahkamah Syariah. Program ini diwujudkan bagi memenuhi keperluan tahap pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kehakiman dan guaman syarie untuk diamalkan dalam profesion undang-undang Syariah. Pelajar diharapkan dapat menggunapakai pengetahuan syariah dan undang-undang yang dipelajari semasa di peringkat ijazah sarjana muda untuk menganalisis isu dan kaedah amalan perundangan syariah khususnya di Malaysia. Program ini dapat meningkatkan kesedaran pelajar untuk menegakkan undang-undang syariah dan prinsip keadilan melalui amalan kehakiman dan sistem perundangan syariah seperti mana yang dianjurkan oleh agama Islam.