Sebutharga / Tender    Kerjaya     Direktori    Hubungi

Peristiwa Penting

  • 16 Oktober 1999

    DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah merasmikan kampus sementara Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) yang terletak di Jalan Dato Seri Shaari Off Jalan Raja Dihilir, Ipoh.

  • 19 November 2001

    Penubuhan KISDAR di bawah Enakmen Bil. 3 Tahun 2000, Enakmen Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dibentang dan diluluskan oleh Dewan Negeri Perak

  • 6 Mac 2002

    DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah memperkenankan penubuhan KISDAR di bawah Enakmen Bil. 3 Tahun 2000, Enakmen Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

  • 8 Februari 2006

    Kerajaan Negeri Perak meluluskan kerja-kerja pembinaan kampus tetap KISDAR di atas sebidang tanah seluas 50 ekar yang diwakafkan oleh Pemangku Sultan Perak, Raja Dr. Nazrin Shah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

  • 2 Jun 2008

    Kampus tetap KISDAR siap dibina sepenuhnya dengan kos pembinaan RM66juta.

  • 16 Julai 2009

    DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah merasmikan kampus tetap KISDAR di Bukit Chandan

  • 4 Mac 2013

    KISDAR dinaik taraf kepada Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555)

  • 10 Jun 2016

    YAB. Perdana Menteri Malaysia mengisytiharkan KUISAS sebagai Universiti penuh berkuat kuasa serta merta.

  • 15 Jun 2016

    Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) secara rasmi ditubuhkan dan didaftarkan sebagai IPTS.

ms_MYMalay

Announcement

The website in Arabic is in the process of updating.
Thank you.